Mengapa Imam Palestin Ditembak? Setelah Disiasat, Ini Puncanya Yang Buat Ramai Tak Percaya! | Salam.my – Malaysia dikejutkan dengan insiden gempar tembakan Imam Palestin, Imam Dr. Fadi M. R. Albatsh.

Berita mengejutkan itu dikongsi di Facebook Aqsa Syarif seperti berikut:

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ .

Imam Palestin ditembak di kepala ketika dalam perjalanan untuk Solat Subuh di Gombak

Imam Fadi adalah Imam Palestin yang dibawakan oleh Aqsa Syarif dan MyCARE setiap bulan Ramadan sejak tahun 2016. Beliau ditembak di kepala dalam perjalanan ke surau Medan Idaman, Gombak untuk menunaikan solat Subuh.

Imam Fadi meninggalkan 3 orang anak dan seorang balu. Beliau berusia 35 tahun dan sedang melanjutkan PhD Electrical Engineering di sini.

Pastinya ramai yang sudah menjadi makmum beliau dan mendapat manfaat dalam ceramah-ceramahnya dalam jelajah Imam Palestin seluruh Malaysia anjuran kami.

Doakan ruh beliau ditempatkan di kalangan ahli syurga untuk Imam Dr. Fadi M. R. Albatsh.

mycare.org.my

Pelbagai reaksi timbul atas insiden ini, dan banyak analisa yang dibangkitkan, antaranya ada kemungkinan punca pembunuhan ini datang dari ejen Zionis! Ini perkongsian Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk kita fikir-fikirkan

PEMBUNUHAN IMAM PALESTIN: ISYARAT ZIONIS KEPADA KITA?

1. Dunia seolah-olah terhenti serta-merta di Malaysia apabila seorang Imam muda dari Palestin – dikenali sebagai Imam Dr. Fadi Al-Batsh – dibunuh sewaktu perjalanan mengerjakan solat Subuh. Lebih tragis, beliau syahid meninggalkan seorang balu dengan tiga orang anak yang masih kecil. Siapa yang mengarahkan pembunuhan ini dilakukan? Kenapa Imam Fadi menjadi sasaran? Apakah isyarat pembunuhan ini kepada kita?

2. Sememangnya tidak mustahil bahawa pembunuhan kejam ini didalangi ejen asing – khususnya ejen perisikan Israel Mossad – yang berjaya menyusup masuk ke negara kita seperti mana kenyataan Timbalan Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

3. Imam Fadi perlu diketahui bukanlah sebarangan imam. Beliau juga adalah merupakan seorang pensyarah bidang Kejuruteraan Elektrik di sebuah IPT di negara kita dengan kelulusan Doktor Falsafah. Beliau bukan sahaja sering diundang menjadi Imam solat Tarawikh pada bulan Ramadan, bahkan juga aktif memainkan peranan penting dalam usaha pengumpulan dana dari Malaysia untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Palestin.

4. Fakta ini jelas menunjuk ke arah satu kesimpulan yang tidak dapat dinafikan dengan mudah: Israel tentulah tidak selesa dengan kewujudan seorang insan yang begitu seimbang dari segi kehebatan rohani dan juga akalnya – apatah lagi berupaya menjadi ‘jambatan’ dalam menyalurkan dana dari Malaysia ke Palestin. Masa yang dipilih juga menyokong hipotesis ini; bulan Ramadan bakal menjelang tiba tidak lama lagi dan pastinya dana dari Malaysia bakal mencurah-curah disalurkan ke Palestin oleh Imam Fadi jika beliau tidak dihalang.

5. Selain daripada hipotesis ‘Imam Fadi sebagai penyalur dana dari Malaysia ke Palestin’, tentulah terdapat pelbagai andaian lain yang berkemungkinan membawa kepada berlakunya tragedi ini. Adakah beliau mempunyai hubungan dengan Hamas? Adakah kepakaran Kejuruteraan beliau ada disalurkan ke Hamas lalu menjadi ancaman kepada rejim Zionis? Malah terdapat laporan bahawa sehari sebelum beliau syahid dibunuh, seorang ahli keluarga beliau Taisir al-Batsh yang dikatakan merupakan Ketua Polis Gaza telah dibunuh rejim Zionis dalam siri Great Return March. Masih terlalu banyak pembuktian yang perlu dilakukan dan tugas ini kita serahkan kepada pihak berkuasa kita, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

6. Laporan setakat ini menyatakan bahawa dua pembunuh yang bertanggungjawab melepaskan sepuluh das tembakan terhadap beliau sudah pun menunggu selama 20 minit sebelum melakukan pembunuhan tersebut. Berdasarkan jumlah tembakan yang sebegitu banyak tanpa sebarang petunjuk motif ragut atau rompakan yang jelas, pembunuhan sebegini amat mirip sekali dengan modus operandi ‘Targeted Killing’ atau ‘Pembunuhan Bersasar’ yang diamalkan oleh Israel sejak sekian lama.

7. ‘Pembunuhan bersasar’ ini dijalankan secara cekap melibatkan ejen Israel yang melakukan pembunuhan ke atas individu-individu berprofil tinggi mahu pun individu di balik tabir yang bergiat mengancam kedudukan strategik rejim Zionis. Mereka menyusup masuk melangkaui kedaulatan negara asing dan menjalankan pembunuhan kejam.

8. Menurut rekod, ‘Pembunuhan bersasar adalah suatu bentuk serangan ketenteraan Israel yang paling signifikan dan kerap’ di mana ia bukan sahaja merupakan aktiviti keganasan, tetapi juga ‘alat politik’ untuk mengukuhkan kawalan ke atas penjajahan mereka di Palestin.

9. Israel sememangnya tidak segan sama sekali untuk melakukan pembunuhan di luar negara demi melindungi survival negara haram mereka. Contoh yang paling jelas ialah pembunuhan berturut-turut dua pemimpin Hamas di Palestin iaitu Syeikh Ahmed Yasin dan juga Dr. Abdul Aziz Rantisi.

10. Sebelum 2001 Israel menafikan bahawa mereka mengamalkan polisi hukuman bunuh tanpa perbicaraan sebegini. Hanya apabila Intifada Kedua meletus mulai November 2000 barulah mereka mengakui ada menjalankan ‘pembunuhan bersasar untuk pencegahan’ (preemptive targeted killing’. Sebenarnya sejak tahun 1950-an lagi Israel telah pun dituduh menjalankan operasi haram sebegini di luar wilayah jajahan mereka.

11. Keputusan untuk menjalankan pembunuhan sebegini telah diperkenalkan kembali oleh Ariel Sharon. Mahkamah Israel tidak lagi terlibat dalam memutuskan sebarang keputusan pembunuhan bersasar ini sebaliknya terletak sepenuhnya pada budi bicara Perdana Menteri Israel dan badan perkhidmatan rahsia Israel, Shin Bet.

12. Setakat ini terdapat tiga fakta besar yang sama sekali tidak dapat ditolak: Imam Fadi tidak diketahui sebagai seorang yang bermusuh dengan sesiapa; pihak yang paling ‘beruntung’ dengan kematian beliau ialah rejim haram Zionis; modus operandi ‘pembunuhan bersasar’ sebegini bukanlah asing bagi Zionis.

13. Kita wajib mendoakan semoga pasukan penyiasat PDRM berjaya menghadapkan pembunuh Imam Fadi ini ke muka pengadilan dan pembunuh berhati binatang ini menerima pembalasan yang setimpal. Sekiranya kelak dibuktikan bahawa sememangnya wujud campurtangan asing dalam kes ini – terutama sekali Mossad Israel – maka ia merupakan isyarat jelas bahawa rejim haram tersebut telah menceroboh kedaulatan negara kita dan wajar diberi pengajaran yang bukan sebarangan.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar, memberitahu MalayMail bahawa ia adalah kehebatan pengetahuan kejuruteraan Dr Fadi yang mungkin membahayakan nyawanya.

“Jadi, satu-satunya perkara yang saya percaya menjadikan pembunuhan ini berlaku adalah kepakarannya, kepakaran teknikalnya, dan mempunyai PhD dalam bidang kejuruteraan elektrik, penting juga bagi mereka (Palestin) untuk membina semula Gaza,” dia berkata demikian.

Sentimen yang sama juga disuarakan oleh kawannya, Ahmad Shehaz, yang mendakwa pensyarah itu disasarkan untuk menghalangnya daripada memindahkan kepakarannya, yang digunakannya untuk pembangunan sektor tenaga Malaysia, pulang ke rumah.

Menurut laporan di NST Online, Dr Fadi memenangi beberapa anugerah saintifik berprestij, termasuk satu dari kerajaan Malaysia pada tahun 2016.

Beliau mempunyai PhD dalam kejuruteraan elektrik, menerbitkan 18 penyelidikan ilmiah, dan juga seorang aktivis Malaysia, Boycott, Divestment and Sseions (BDS).

Salam.my mengajak semua pembaca menghulurkan bantuan:

TABUNG BANTUAN KELUARGA AS-SYAHID IMAM DR FADI

Kita dikejutkan dengan kejadian pembunuhan As-Syahid Imam Dr Fadi Al-Batsh yang dalam perjalanan untuk mengimami solat subuh di sebuah surau di Setapak.

Dr Fadi merupakan seorang rakyat Gaza, Palestin yang telah menjadi imam dan penceramah semenjak 2014 dalam program kesedaran isu Palestin anjuran MyCARE.

Pihak MyCARE telah menziarahi balu dan anak-anak As-Syahid Dr Fadi dan dengan ini melancarkan tabung khas untuk membantu keluarga As-Syahid.

AYUH kita membantu melalui 2⃣ CARA berikut:

1⃣ INFAQ

secara ONLINE: www.billplz.com/tabungimamfadi

atau melalui akaun atas nama HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD

🏧 MAYBANK ISLAMIC: 5515-7500-4299
🏧 CIMB ISLAMIC: 86-0213559-2
🏧 BANK ISLAM: 1209-20100-34904

Letakkan ref ‘Imam Fadi’ atau Whatsapp/Telegram infaq anda ke +6019-655 1948 (En Aiman)

2⃣ SEBAR & TULARKAN

Sebar dan Tularkan mesej ini kepada group Whatsapp/Telegram anda agar ramai pihak tampil membantu keluarga As-Syahid Dr Fadi

Segala bantuan dan pertolongan para dermawan, didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sumbangan akan disalurkan untuk keperluan balu dan anak-anak As-Syahid Dr Fadi dan urusan pengurusan jenazah. [Ph]

sumber: Facebook Aqsa Syarif

Kredit : Salam.my

Source link

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here