Minuman Milo produk Nestle, pengeluar makanan ‘sihat’ antara terbesar di dunia yang merupakan minuman kegemaran rakyat Malaysia, baru-baru ini telah dibongkarkan sebagai makanan tidak sihat kerana kandungan gulanya yang terlalu tinggi.

Dikatakan sebagai ‘Pembekal Tenaga’ dan setiap hari ditayangkan iklannya di kaca TV dengan tagline “Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat”, rakyat Malaysia seharusnya lebih berhati-hati dengan minuman ini. Ramai ibu bapa yang membekalkan anak-anak mereka di sekolah kerana terpedaya dengan iklan ‘minuman sihat’ Milo. Pengguna perlu lebih bijak untuk mengkaji kandungan terlebih dahulu sebelum percaya dengan produk tersebut.

Pendedahan Milo sebagai minuman tidak sihat ini dikongsikan oleh Vishen Lakhiani yang merupakan pengasas Mindvalley, dalam video yang di upload di Facebook beliau.

Berikut merupakan caption video tersebut:

My country is now the fattest country in Asia. And this food company…according to an expose in the New York Times, is partially to blame. Hope this video helps awaken people to how food companies are blatantly lying to us all. It makes you sick. Literally.

Here’s the NY Times Article

And here’s the link to the class I’m doing this week with Eric Edmeades on dispelling the lies around food: Mindvalley.com

Tonton video penuh yang telah mendapat lebih 700k views dan 17k share ini:

Memang benar apa yang disampaikan oleh Vishen dalam videonya apabila mendapati lebih kurang 40% dalam kandungan serbuk minuman Milo adalah gula!

Dalam video tersebut, Vishen turut mendedahkan produk Nestle lain yang juga mengandungi kandungan gula yang tinggi tetapi mendapat pengiktirafan pihak berkuasa Malaysia sebagai pemakanan sihat. Produk tersebut ialah Honey Stars.

Pelbagai reaksi diterima ke atas video tersebut, ramai yang berterima kasih dan bersetuju dengan pendedahan tersebut, namun ada juga yang tidak bersetuju seperti komen ini:

Pemakanan tidak sihat dengan kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan pelbagai penyakit untuk jangka masa pendek dan panjang, apatah lagi jika pengguna sebulat-bulat mengikut ‘nasihat’ iklan minuman sampah ini agar minum 2 kali sehari untuk ‘kekal bertenaga’.

Oleh itu, Salam.my ingin mengajak semua pembaca agar memilih makanan sihat dan menjaga kesihatan. Islam menyaran umatnya untuk mencari makanan yang halal dan baik, bukan setakat halal. Utamakan makanan sunnah.

KONGSIKAN ARTIKEL INI UNTUK KEBAIKAN RAKYAT MALAYSIA

sumber: Vishen Lakhiani – Founder Mindvalley

Kredit : Salam.my

Source link

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here