Susulan video viral yang tersebar minggu lepas [BACA DI SINI], pihak NESTLÉ MALAYSIA telah mengeluarkan kenyataan di Facebook MILO Malaysia menyatakan video tersebut telah mengelirukan orang ramai:

Berikut merupakan kenyataan NESTLÉ MALAYSIA:

[NESTLÉ MALAYSIA, Jan 2018] Terima kasih di atas mesej anda. Nestlé Malaysia sedia maklum bahawa terdapat komen-komen tentang MILO menerusi sebuah video yang mengelirukan orang ramai. Kami mengambil berat tentang tanggungjawab kami untuk menghasilkan produk yang lazat dan berkhasiat.Minuman MILO diperbuat daripada susu, malt (barli) dan serbuk koko. Ia juga mengandungi vitamin dan mineral termasuk vitamin B2, B3, B6 dan C. Lebih 50% daripada jumlah gula di dalam minuman MILO adalah semulajadi daripada susu dan malt. Kami memastikan bahawa gula yang ditambah adalah pada tahap minima – hanya 6g untuk setiap hidangan 200ml, iaitu kira-kira 1 sudu teh gula. Ini adalah untuk mengekalkan rasa minuman MILO yang digemari oleh rakyat Malaysia. Sejajar dengan keperluan pengguna masa kini, kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk yang lebih sihat dan lazat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Percuma Khidmat Pengguna Nestlé kami di 1-800-88-3433.

[NESTLÉ MALAYSIA, Jan 2018] Thanks for the alert. Nestlé Malaysia is aware that a video commenting on MILO has been circulating. The facts in this video are clearly misleading. We take our responsibility to produce great tasting, nutritious products very seriously. MILO is made with milk, malt (barley) and cocoa powder and contains vitamins and minerals including vitamins B2, B3, B6 and C. Over 50% of the total sugars in MILO naturally come from milk and malt. We keep the amount of sugar we add to a minimum – adding only 6g of sugar for every 200ml serving, which is about 1 teaspoon of sugar. This is to maintain the taste that Malaysians are familiar with. In line with the ever-evolving needs of our consumers, we continuously make efforts to produce healthier and tasty products. For more info, please call our Nestlé Consumer Services Free Phone at 1-800-88-3433.

[马来西亚雀巢, 2018年1月] 感谢您的警惕。马来西亚雀巢知晓一段关于美禄产品的视频正在Whatsapp流传。这个视频中所提及的事项显然是属于误导性的。我们致力于提供美味及营养丰富的产品。美禄产品的成分包括牛奶,麦芽(大麦),可可粉和含有维生素B2,B3,B6,和C等等的维生素和矿物质。美禄产品里的总含糖量,超过50%是来自牛奶与麦芽。我们把添加糖分的含量维持在最低限度 – 即每200毫升的美禄饮料中只含6克的添加糖分,相等于约1茶匙的糖。这是为了维持着马来西亚人一贯熟悉的口味。随着消费者不断变化的需求,我们也持续努力生产更健康美味的产品。若需要进一步的资讯,请联系雀巢消费者服务免费热线1-800-88-3433。

Vishen Lakhiani telah memberi respon kepada kenyataan tersebut dan mengatakan produk Nestle sebagai CRAPTASTIC SUGARY SH*T.

Nestle Part II: After my last video on the New York Times exposé of Nestle’s awful practices in Malaysia got 1.4 million views Nestle responded with a press release. Well, they completely missed the point and denied everything. So I decided to go out and buy a bunch of Nestle products and reveal what actually goes INSIDE them. Here’s how Nestle blatantly markets “craptastic sugary sh*t” as food and is making our children sicker and obese…Enjoy! And share your views.

Berikut ialah video yang kian tersebar viral.

Kesimpulan yang harus kita fikirkan:
1. MILO Malaysia hanya mengeluarkan kenyataan tetapi GAGAL memberikan bukti dan fakta minuman MILO adalah minuman SIHAT.
2. Jika video oleh Vishen Lakhiani mengelirukan, pihak NESTLE Malaysia (atau MILO Malaysia) boleh mengambil tindakan legal terhadap Vishen Lakhiani.
3. Selepas video terkini oleh Vishen Lakhiani viral, sehingga (post ini ditulis), NESTLE Malaysia & MILO Malaysia masih belum memberikan respon.
4. Dalam kenyataan NESTLE Malaysia tersebut juga terdapat fakta mengelirukan tentang kandungan gula dalam MILO. Ini menjadi persoalan kepada ramai pengguna.

“Minum Milo Anda Jadi Sihat & Kuat?” Fikir semula.

KONGSIKAN ARTIKEL INI AGAR SELURUH RAKYAT MALAYSIA SEDAR AKAN KEPENTINGAN TIDAK MENGAMBIL MAKANAN TIDAK SIHAT

Kredit : Salam.my

Source link

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here